New Entry

http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/07/8-ibadah-utama-di-bulan-ramadhan.html http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/05/sy-masih-akan-dengar-ke-perkataan-siap.html http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/05/happy-holiday.html http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/05/yeahhhh-im-freee.html http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/05/terima-kasih.html http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/05/selamat-hari-guru.html

Friday, 11 May 2012

Ujian Pertengahan Tahun 2012! coming soon..




Hello readers, dalam beberapa hari lagi sy akan hadapi Ujian Pertengahan Tahun bagi tahun 2012.
Ujian ni akan berlangsung selama 2 minggu iaitu pada 13 Mei hingga 23 Mei jadi sy takkan buat entry dan maybe akan on balik pada 25 Mei.. Korang pun akan periksa kan? 1 je nak cakap jangan MENIRU! Kalau kita tiru lepas tu result yang kita dapat tu atas usaha kejayaan orang lain lepas tu kita dapat kerja atas result yang kita tiru dan gaji yang kita dapat tu takkan HALAL. Semua nya berkaitan jadi berhati-hati dengan keputusan untuk tiru orang lain tu.. OK! 

Tip & Panduan bagi yang akan menduduki peperiksaan :

Persediaan Dalaman

Kesihatan rohani sangat penting utk menghasilkan otak yang cergas dan tajam. "Al-ilmu kannur - Ilmu itu ibarat cahaya" ...Cahaya hanya masuk ke dalam hati yang bersih.
Secara ringkasnya;

1. Jauhi perkara-perkara maksiat dan mazmumah. Contohnya derhaka (tak mendengar kata) pada ibu bapa, ber'gossip', mengejek, gelaran yang tidak baik, 'dating' dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul..

2. Pohon maaf kepada semua orang, jumpa guru/pensyarah- minta halalkan ilmu; dan juga
maafkan orang lain.

3. Bagi yang memerlukan hafalan fakta, tetapi diri susah hendak mengingat apa yang telah dipelajari, cuba hafaz beberapa ayat atau surah dari Al-Quran. Apabila sudah mula menghafaz ayat-ayat suci al-Quran ni,dengan izin-Nya secara tidak langsung iamemudahkan kita
mengingati fakta-fakta dalam pelajaran.

4. Qiamullail - bangun pada tengah malam. Buat Muslim, melalui amalan ini bakal menguatkan keyakinan dan kemantapan jiwa. Amalkan ibadat solat-solat sunat seperti tahajud, taubat, hajat, istikharah dan witir sekurang-kurangnya.

Persediaan Minda / Akal
1. 'Mind setting' - anggap peperiksaan sesuatu yang positif. Ramai orang yang tertekan dengan musim peperiksan sehingga menyebabkan otak 'gagal berfungsi' dengan baik di hari peperiksaan. Chill ok!



2. Berlatih menjawab soalan seperti dalam peperiksaan sebenar. Kadang-kadang soalan peperiksaan berulang-ulang atau seakan-akan sama, dan bagi mata pelajaran bercorak kira-kira, semestinya ia perlu kepada banyak latihan untuk memantapkan kemahiran yang ada.

3. Kenal pasti kawan di sekitar anda di dewan peperiksaan. Perkara-perkara sebegini penting walaupun nampak agak remeh. Terutama calon peperiksaan yang ramai di dalam dewan ditambah dengan perasaan gemuruh menyebabkan calon tidak jumpa tempat duduk sendiri.


Persediaan Fizikal

1. Kesihatan

"Al-'aqlus salim fi jismis salim - akal yang cerdas dari badan yang cergas". Antara cara untuk
menjaga kesihatan ialah :

a) Tidur yang cukup - Pendekatan Imam Ghazali ialah 1/3 untuk belajar, 1/3 untuk rehat dan 1/3
untuk bermunajat kepada Pencipta

b) Jaga pemakanan - Firman Allah : Makanlah daripada makanan yang baik yang telah Kami berikan. (surah al-Baqarah 2:57)."Baik" di sini bermaksud sumber yang halal dan berkualiti.

c) Riadah - Riadah penting bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Ingat!Otak kita memerlukan oksigen dan glukosa untuk berfungsi dengan cemerlang.

2. Keselamatan



Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kecelakaan pada diri.

Credit to: Ukm

Korang jangan lupa eh berblog tu jangan lupa berusaha, berdoa, bertawakal dan redha. Jangan stress sangat!  Korang doakan sy! :) 


Bye, Salam.. ^_^


♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

0 orang suka menulis:

Follow..

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)