New Entry

http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/07/8-ibadah-utama-di-bulan-ramadhan.html http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/05/sy-masih-akan-dengar-ke-perkataan-siap.html http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/05/happy-holiday.html http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/05/yeahhhh-im-freee.html http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/05/terima-kasih.html http://wansitinorfarhani.blogspot.com/2012/05/selamat-hari-guru.html

Friday 25 March 2011

Satu Rumah Lain Bilik, Trend Bersekudukan Moden


Macam-macam gelagat orang zaman sekarang, apatah lagi bagi yang sedang hangat bercinta. Berpeleseran dan bercengkerama sampai tidak ingat dunia bukan lagi suatu fenomena aneh. Malah ada juga yang sanggup bersekudukan dengan seribu satu alasan diberikan semata-mata mahu menghalalkan tindakan.
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Bukan Terlupa Tetapi Pura-Pura Lupa


Apabila kita melihat manusia pada zaman kini, sudah banyak yang lari dari landasan yang benar. Ramai yang mula mengambil jalan singkat ke neraka sedangkan bilangan yang mengambil jalan yang diredhai oleh Allah SWT amatlah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil jalan singkat ke neraka ini.

Wahai kawan sekalian sedarkah anda,
Maksiat yang berleluasa di sana-sini,
Batas pergaulan pula tidak dijaga,
Pegangan agama entah ke mana?
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Tuesday 22 March 2011

Adab Menuntut Ilmu


Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:

"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Wednesday 16 March 2011

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Tuesday 15 March 2011

Bayang-Bayang Dunia


Dunia hari ini cukup pantas. Tidak sempat untuk dikejar. Perubahan yang melanda cukup deras. Siapa yang perlahan, nampaknya akan ketinggalan. Tapi itu kalau dunia yang kita kejar ^_^
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Monday 14 March 2011

Buah Hati Ummi

Ibubapa adalah permata hidup untuk setiap insan. Tiada ibubapa, tiadalah kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama berbuat baik dengan mereka. Jagalah mereka dihari tua mereka. Gembirakanlah hati mereka. Tiadalah redha Allah (S.A.W.) tanpa redha mereka. Hargailah penat lelah mereka. Rugilah kepada sesiapa yang tidak menghormati mereka.
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Kecerdikan:Di mana letaknya?


Akal merupakan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Dengan akal, manusia menjadikan ianya sebagai panduan dalam melayari hidup di atas muka bumi dan dengannya juga iman, agama dan akhlak manusia akan menjadi sempurna. Begitu banyak hadis yang menyatakan tidak sempurna akhlak, budi pekerti dan iman seseorang tanpa sempurna akalnya.

Sabda Nabi s.a.w:

"Tidak sempurna kebaikan budi seseorang sebelum sempurna akalnya. Ketika itu barulah sempurna imannya. Ketika itu juga ia mampu mentaati Allah dan melawan godaan iblis dan syaitan." (Riwayat Ibnu Mahbar dari 'Amr bin Syu'ib)
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Sunday 13 March 2011

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran


Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Renungan Alam


Lihatlah pada alam jagat maya ini,
Lihatlah pada tampaknya dirimu,
Tidak terjangkau maha hebatnya ciptaan,
Tiada siapa yang mampu,
Kecuali Dia yang termampu,
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Saturday 12 March 2011

Bila Hidayah Menyapaku

Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.

"Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya." ( Jatsiyah:23)
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Menegakkan Benang Yang Basah


Menegakkan benang yang basah sesukar menegakkan benang yang kering!

BERTEKAK dan berdebat untuk menegakkan yang batil, yang bohong dengan kelentong kata dan auta nada suara boleh meyakinkan orang buat seketika. Lama-lama nanti, segala omong-omong yang kosong isinya, bukti-bukti yang hanya didengar-dengar, segala konon-konon yang direka-reka akan diketahui orang sebagai hampeh.Seperti menegakkan benang yang basah, ia hampir mustahil kecuali jika benang yang basah itu sentiasa diregang!
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Friday 11 March 2011

Pilihan dalam Hidup

Aku selalu terbayang akan hari esok,

ketika ku dapati diriku penuh dengan lumuran dosa,

berjuta kenikmatan kuraih di dunia,

tanpa kusedari itu semua hanyalah permainan,

dari tipuan syaitan yang selalu memperdaya.
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Bayaran sebuah Kemaafan


Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Wednesday 9 March 2011

Bisnes Terbaik


"Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden. Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin (Surah As-Saff (61) ayat 10-13.)"
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Wanita-wanita Perindu Syurga


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Kasih Ilahi


Indahnya kasih Ilahi,
Sucikan dengan kewajipan,
Kau rasai satu kenikmatan,
Hidup dibawah taklukanNya...
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Tuesday 8 March 2011

Sucikan Hati Untuk Dapatkan Takwa


Satu ketika, aku duduk-duduk mendengar perbualan rakan-rakan. Macam-macam isu yang dibincangkan. Bermula dengan salam perkenalan hinggalah isu politik tempatan. Perbincangan menjadi semakin hangat bilamana ada yang menyokong dan membangkang. Yang menariknya semua bersepakat yang perbahasan dan perdebatan adalah dengan tujuan mencari penyelesaian bukannya mencari kemenangan.
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

mEncArI sUmAyyAh

Kenalkah engkau kepada Sumayyah Srikandi sejati?
Seorang hamba yang sangat berani,
Padang pasir dan fatamorgana menjadi saksi,
Keteguhan iman keluarga ini,
Dijemur di bawah terik mentari.

♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Sabarlah Wahai Hati

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Sunday 6 March 2011

Aku Seorang Mujahidah


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

sEbUtIr mUtIArA sEIndAh wAnItA

ASSALAMUALAIKUM..
Semoga anda semua sihat walafiat...Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi]
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia membaca: "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Saturday 5 March 2011

Ayat-ayat Cinta


♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Thursday 3 March 2011

SangGul tinGgi

ASSALAMUALAIKUM>>>>
Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda : 2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. * Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh. Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)
 BOLEH je sanggul, tapi boleh la kite selit kat bahagian tengkuk kan.. xde la nmpk tinggi sangt, bonjol sikit takpe la, xleh nak buat ape kan..tp mslhnye bila bonjol tu besar n tinggi semcm kena perbetulkn lah yew. InsyaAllah, setiap mslh ade penyelesaiannye..
WASSALAM>>>

♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Nk "couple" bleh tak

Assalamualaikum...
Saya ingin menyebarkn berita ini untk smua pembaca blog saya...

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’?
Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya.
Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati.

Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’?
Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”.

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,…”.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran.
Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”[1]
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[2]

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina.
Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan.
Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”


Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.
Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”

Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.
Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: “Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur’an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.
(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :
“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan.
Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Wanita Muslim

Asslamualaikum....
Whai wnita yg dlhirkan sbg s'org muslim,,smemangnya byk kcantikan yg ada pd wnita....dan,,alangkah lbh mnis jka dbaluti dgn sbaiknya..(Tdk ktat,,tdak npis,,tdak jarang,,tdk mnjolok mata & tdk mngiurkn)..
sdh tntu hrta yg mhal lg tdk trhngga,, xmhu kta dedahkn,, krn dgn wang rniggit pon blm mmpu dpt mmbyar hrga bg mnatapi kcantikan dan ...k'indahan wnita...
whai wnita yg sgguh mnis perilakunya..sayangilah apa yg kmu mliki..
peliharalah ia..ssungguhnya ia amanat Allah....usah ditayang whai sayangku,,krn mlindungi itu lbh indah dr sglanya...

(ssungguhnya apa yg baik dtg dr Allah,, dan yg cela dr sy sdri,, sma2 lar kta sling mngingati)

♥ Terima Kasih kerana sudi baca, kalau sudi komen and like! ;)♥

Follow..

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)